Teknologi Maklumat & Komunikasi berserta "Video Editing"
10 September 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 9 September 2015, Ahad, Pusat Internet Pasir Pandak telah mengadakan kelas Teknologi Maklumat & Komunikasi berserta "Video Editing". Seramai 8 orang peserta yang telah menyertai terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan rendah. Kelas ini bertujuan untuk menerapkan kekreatifan dalam mengubah suai video dan mencipta video. Selain itu juga, kelas ini boleh membantu peserta untuk mengenali pelbagai aplikasi "video editing" yang lain. Kelas ini dianjurkan adalah bertujuan mengajar peserta agar lebih mahir dalam penggunaan I.C.T sekaligus meningkatkan lagi kemahiran mereka, mempelajari element multimedia seperti animasi dan video.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: